Pages

Mari Menyimpan Dengan Emas

Contact Saya Di 019-9880252

Friday, December 17, 2010

Emas: Semua khabar baik belaka...

Tidak adik tidak! Hati-hati. Memangla nampak dan sejarah menunjukkan emas ni bagus buat simpanan / investment / business tapi...

Emas adalah pelaburan jangka panjang. Kalau boleh 4 tahun keatas, baru sedap. Sedap macam mana? Begini, harga emas ini turun naik walaupun secara keseluruhannya naik setiap tahun. Jadi kekadang bagi yang hatinya mudah goyah, rasa takut bila harga turun dan terus nak jual. Padahal kejatuhan itu sementara je, ia akan naik balik.

Memang boleh buat perniagaan emas ini, tapi bukan semua orang pandai berniaga atau otak berniaga. Boleh dapat keuntungan jangka pendek. Iaitu beli emas masa harga dia jatuh/rendah pastu jual pada masa harga dia naik/tinggi. Sebab itu kedai emas jarang bangkrap sebab emas dia tak laku pun harga emas tetap naik. Kalau bangkrap gak, 95% melampaui keraguan munasabah yang ada orang songlap duit kedai tu.

Saya ini memang bukan otak berniaga. Saya lebih kepada menyimpan nilai duit saya. Simpanan untuk hari tua. Kalau ada rezeki dari berniaga Alhamdulillah rezeki terpijak.

Ada yang guna teknik Ar Rahnu tapi tersilap timbang dengan kemampuan diri sendiri. Bila harga tak naik dalam masa 6 bulan mula gelabah. ( Teknik Ar Rahnu ini nanti saya cerita dilain masa. )

Emas ini kalau sesak-sesak boleh pajak. Sikit leceh la berbanding tekan duit kat ATM je. Tapi kalau kat Agrobank Triang, sekejap je sebab tak ramai orang. Kalau kat lembah klang, puas beratur menunggu giliran.

2 comments:

  1. salam tuan Arif..maaf ye bertanya....saya merujuk kepada komen tuan dalam link ni,
    http://darulsaka.blogspot.com/2009/11/ayat-qursi-dan-kaifiat-mengamalnya-4.html#comment-form

    komen tuan tu berkenaan amalan utk "scan" tu...
    bila saya cuba pergi ke forum harmoni tu,saya tak boleh access la....boleh tak tuan tolong saya?

    terima kasih banyak2 ya tuan...jasa budi tuan tak terbalas..

    ReplyDelete
  2. Salam Mr cUrB-uP,

    Hu Hu, ingatkan bertanya pasal emas tadi.

    Berkenaan kaifiat di Harmoni tu, mungkin dah diblock kut. Saya pun dah lama tak masuk Harmoni tu.

    Tetapi kaedahnya ada diterangkan oleh Bro TerangWulan kat Blog DS tu. Hanya beberapa komen dibawah komen saya.

    Kalau ada yang tak paham leh la tanya saya, saya bagitau setakat yang saya tau je la.

    Cuma nasihat saya, bab "scan" ni melibatkan alam malakut, banyak tipu daya, jadi seeloknya hendaklah berguru dengan guru yang dah "lepas". Saya ni belum "lepas".

    ReplyDelete