Pages

Mari Menyimpan Dengan Emas

Contact Saya Di 019-9880252

Friday, December 17, 2010

Emas: Semua khabar baik belaka...

Tidak adik tidak! Hati-hati. Memangla nampak dan sejarah menunjukkan emas ni bagus buat simpanan / investment / business tapi...

Emas adalah pelaburan jangka panjang. Kalau boleh 4 tahun keatas, baru sedap. Sedap macam mana? Begini, harga emas ini turun naik walaupun secara keseluruhannya naik setiap tahun. Jadi kekadang bagi yang hatinya mudah goyah, rasa takut bila harga turun dan terus nak jual. Padahal kejatuhan itu sementara je, ia akan naik balik.

Memang boleh buat perniagaan emas ini, tapi bukan semua orang pandai berniaga atau otak berniaga. Boleh dapat keuntungan jangka pendek. Iaitu beli emas masa harga dia jatuh/rendah pastu jual pada masa harga dia naik/tinggi. Sebab itu kedai emas jarang bangkrap sebab emas dia tak laku pun harga emas tetap naik. Kalau bangkrap gak, 95% melampaui keraguan munasabah yang ada orang songlap duit kedai tu.

Saya ini memang bukan otak berniaga. Saya lebih kepada menyimpan nilai duit saya. Simpanan untuk hari tua. Kalau ada rezeki dari berniaga Alhamdulillah rezeki terpijak.

Ada yang guna teknik Ar Rahnu tapi tersilap timbang dengan kemampuan diri sendiri. Bila harga tak naik dalam masa 6 bulan mula gelabah. ( Teknik Ar Rahnu ini nanti saya cerita dilain masa. )

Emas ini kalau sesak-sesak boleh pajak. Sikit leceh la berbanding tekan duit kat ATM je. Tapi kalau kat Agrobank Triang, sekejap je sebab tak ramai orang. Kalau kat lembah klang, puas beratur menunggu giliran.

Cara-cara melabur didalam emas

Coins atau Dinar

Senang, saiz dia kecil sahaja especially 1 Dinar. Nak tengok jom kita ngeteh. Call je saya. Selain itu ia juga dah ada berat yang dah tetap. Kalau 1 dinar tu 4.25 g emas 916. Jadi senang nak berurusan jual beli. Maklumlah harga dia murah lagi. ( mahal gak RM 600+ ) tapi tu je yang kecik sekali. Nak murah lg kena simpan Dirham (Perak) iaitu 1 Dirham dalam RM 22.

Kalau beli bentuk Wafer seperti 20g emas 999 PG tu dah RM 3100+, mahal dan payah le nak jual-beli. (PG akan mengeluarkan wafer 10g tak lama lagi.)

Wafer / Jongkong

Beratnya berat sikit tapi still value for money la. Sebab fizikalnya ada jadi kita nampak, dapat pegang-pegang dan jika terdesak kita boleh pergi gadai di Ar Rahnu.

Emas Maya / Buku Simpanan

Yang ini saya tak galakkan kerana kita tak dapat emas fizikal. Memang bank kata boleh dapat emas fizikal tapi ada bayaran proses tambahan pula seperti kos insurance dan pengangkutan yang mahal dan dalam saiz tertentu. Emas PG pun ada kos insurance dan pengangkutan, kalau yang 20g tu kosnya RM 10. Yang Dinar tiada kos penghantaran. Lagi satu kebanyakan Emas Maya tidak dijamin macam Bank Negara jamin bagi duit simpanan kat bank. Jadi kalau Bank bangkrap, emas maya kita mungkin lesap.

Emas maya tidak boleh di Ar Rahnukan. Jadi kalau emergency susah. Dan tidak dapat guna teknik Ar Rahnu untuk beli emas.

Antara Bank yang ada emas maya:

1) Maybank : Gold Saving Passbook

2) Public Bank: Gold Investment Account

3) Kuwait Financial House : Gold Account - i

Bukan tak bagus langsung, kalau pandai tengok graf pergerakkan emas tu leh buat untung juga. (kaki forex biasalah tengok graf ni)

Melombong sendiri emas

Hu Hu Jom gi ke Lubuk Mandi, tinggalkan kerja hakiki kita, gali lubang dalam-dalam untuk cari bijih emas ....

Barang Kemas..

Barang Kemas sangat baik untuk dibeli, betul makcik-makcik dan akak-akak kan?

Sebenarnya betul juga, walaupun ramai juga kata barang kemas ni susah nak jual ngan harga sepatutnya sebab bentuk dan berat dia yang tak standard. Biasanya mereka suka dinar / coins / wafer dan jongkong.

Bila tak ramai yang nak beli ngan harga sepatutnya maka terpaksalah jual kat kedai emas dengan harga tak patut iaitu susut nilai sebanyak 20-30% dari harga patut! Jika kita beli barang kemas kat kedai emas pula, dah la beli harga mahal sebab ikut harga persatuan tambah lak upah tukang jadi 15-20% pastu susut nilai pula.

Jadi apa nak buat? Beli di Public Jewellery sebab dia takde upah tukang, harga ikut harga pasaran emas 916 yang lagi murah berbanding harga Persatuan Kedai Emas Malaysia. Serta barang kemasnya 100% emas 916 tidak seperti sesetengah kedai emas yang kata emas 916 tapi cangkuknya mungkin emas 850 atau bahagian dalamnya emas 850. Ketulenan emas ni penting sebab kita BAYAR kan serta dapat harga tinggi bila nak jual atau nak Ar Rahnukan. Yang tak bestnya Public Jewellery ini adalah kita terpaksa tgk katalog je, bukan yang sebenar bila nak pilih, dan bila dah order, makan masa 2 minggu untuk dapat barang kemas tu. ( Bila kita order, baru dia buat )

Itu barang kemas 916, barang kemas 999 pula tidak dijual oleh Public Jewellery. Walaupun Barang Kemas 999 ni lembut dan mudah putus tapi nilaian dia tinggi, ialah dah ketulenan dia 999 kan. Barang kemas 999 amat disukai oleh orang belah Kelantan dan masyarakat Cina. Saya belum ada network utk barang kemas 999 lagi.

Barang kemas ni (tak kira 916 / 999) ada satu kelebihan besar dia: Boleh dipajak dimana-mana Ar Rahnu. Manakala dinar / wafer / jongkong PG hanya di Ar Rahnu Agrobank.

Harga Emas tahun 2011

Ramalan Harga Spot Gold:

BNP Paribas meramalkan purata harga USD $1,500 per ounce.

Goldman Sachs beri target of $1,690 per ounce.

Bill O’Neill, one of the principals with LOGIC Advisers:O’Neill, meletakkan $1,600 per ounce.

Ounce ada banyak jenis, yang dipakai dalam emas adalah Troy Ounce.

Harga hari ini 18 Disember 2010 : USD $ 1375.5 ( Kitco)


Thursday, December 16, 2010

Emas sebagai penyimpan nilai

Dah kecur air liur tengok jangkaan pendapatan emas ni? Maka mari kita masuk bab emas sebagai penyimpan nilai pula. Apa maksud penyimpan nilai?

Mari kita ambil contoh roti canai. Harganya saban tahun naik. Minyak naik harga dia pun pakat naik sama. Barang Naik... Inilah yang dinamakan inflasi. Kenapa berlaku inflasi? Sebab negara-negara didunia menggunakan wang kertas yang tidak bersandarkan kepada nilai emas. Ikut suka dia je nak cetak berapa banyak dan nilai berapa. Baru-baru ini Amerika meluluskan utk mencetak sebanyak USD 600 billion dollar. Senang kan , hutang dia banyak, jadi nak bayar hutang, cetak duit banyak.

Namun nilai emas stabil. Memang kita tgk macam naik je nilainya sebab kita menilai berdasarkan wang kertas Malaysia. Sebenarnya nilai wang kertas Malaysia, dan nilai wang kertas semua negara lain yang jatuh, jadi nampak seperti emas yang naik.

Nilai seekor kambing pada zaman Rasulullah saw dulu, 1 dinar je, dan sekarang masih lagi satu dinar. Tak berubah tapi nilai dari segi ringgit makin naik.

Saturday, December 11, 2010

Mengapa Melabur di dalam Emas

Jawapan termudah ada terletak di isteri-isteri anda, bagi yang telah berkahwin; Bagi yang belum tu, terletak pada ibu atau saudara perempuan anda. Berapakah harga cincin, rantai atau gelang yang mereka pakai masa mula-mula beli dulu.

Ya. Harganya bertambah naik saban hari dan tahun. Secara purata dalam 10 tahun kebelakangan ini, harga emas naik diantara 20% hingga 30% setahun.

Sebenarnya nilai emas tetap / stabil cuma nilai duit amerika (US Dollar) dan Ringgit Malaysia (RM) je yang jatuh. Tapi ini pelajaran advanced. Nanti saya akan cerita pasal ni.

Okay, mari kita lihat contoh:

Katakanlah kita membeli emas berharga RM 3000 pada tahun ni.

2010 - RM 3000

2011 - Nilai emas menjadi RM 3000 x 20% + RM 3000 = RM 3600

2012 - Nilai sudah menjadi RM 3600 x 20% + RM 3600 = RM 4320

2013 - Nilai sudah menjadi RM 4320 x 20% + RM 4320 = RM 5184

2014 - Nilai sudah menjadi RM 5184 x 20% + RM 5184 = RM 6220.8

Bererti dalam 4 tahun, kita telah berjaya mengandakan modal kita dari RM 3000 kepada RM 6000+

Bayangkan kalau kita menyimpan nak gi haji semasa muda sebanyak RM 3000 je, pastu biar selama 8 tahun. Dah ada dekat RM 13,000 tu. So boleh gi haji dgn modal RM 3000 dalam bentuk emas ;)







Sunday, December 5, 2010

Sebuah Permulaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Nama saya Arif Anuar bin Burhan. Diblog ini akan bercerita tentang emas dan perak setakat yang ilmu yang Allah pinjamkan kat saya. Kira jahil lg. Tak macam orang lain yang dah bertahun bergelumang dengan emas.

Kalau ada pertanyaan atau apa-apa aje, sila comment ke, email ke, Facebook ke, call or sms saya.